fb fb fb fb fb

Mesyuarat Khas PRK N43 Nenggiri, 28 Jun ini- SPR

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Mesyuarat Khas PRK Dewan Negeri Nenggiri akan diadakan SPR 28 Jun ini bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya kecil berkenaan.

Kerusi Dewan Negeri Nenggiri kosong berikutan penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim hilang keahlian BERSATU.

Setiausaha SPR memaklumkan, terima pemakluman rasmi mengenainya daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan; Datuk Mohd Amar Abdullah.

Sebagaimana peruntukan bawah Fasal 3 Perkara 13A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan luar jangka itu perlu diisi dalam masa 60-hari dari tarikh SPR terima pemakluman mengenainya.

Sidang media akan diadakan selepas mesyuarat khas berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE