PUTERA35 percepat pembangunan Bumiputera, fokus Sabah dan Sarawak

Datuk Mohd Shahar (dua, kiri) pada Majlis Teraju Aspirasi

KOTA KINABALU, 9 April – Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PUTERA35) dilihat mampu mempercepat pembangunan sosioekonomi Bumiputera secara lebih berfokus dan berimpak tinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan memberi penekanan khusus kepada pembangunan berfokus di Sabah dan Sarawak.
  • Di Sabah tumpuan kepada pengukuhan pelancongan, perkhidmatan, peruncitan dan peluang dalam Ekonomi Biru.
  • Usaha penskalaan perniagaan, peningkatan produktiviti dan penglibatan dalam sektor bernilai tinggi untuk memperkukuh ekonomi Bumiputera.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, pelaksanaannya kini memberi penekanan khusus kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan keperluan pembangunan wilayah berkenaan.

Menurut beliau, di Sabah, pelan itu memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor sedia ada seperti pelancongan, perkhidmatan dan peruncitan, di samping membuka peluang dalam sektor baharu berpotensi tinggi termasuk Ekonomi Biru.

“Fokus turut diberikan kepada usaha penskalaan perniagaan, peningkatan produktiviti serta penglibatan dalam sektor bernilai tinggi bagi memperkukuh kedudukan ekonomi Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Teraju Aspirasi di sini.