Alliance Bank tawar bantuan bersasar kepada pelanggan terjejas

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 April – Alliance Bank Malaysia Berhad mengumumkan langkah bantuan bersasar bagi membantu pelanggan yang terkesan susulan ketidaktentuan geopolitik global yang masih berlarutan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif untuk mengurangkan tekanan kewangan jangka pendek dan memastikan kelangsungan aliran tunai pelanggan.
  • Bantuan merangkumi pelanggan individu serta perniagaan termasuk PKS, dipertimbangkan berdasarkan situasi kewangan setiap pelanggan.
  • Bank akan bekerjasama rapat dengan pelanggan terjejas untuk kenal pasti fleksibiliti pembayaran balik atau bentuk bantuan lain sesuai.
  • Pelanggan yang menjangka kesukaran digesa hubungi awal pengurus perhubungan atau saluran rasmi; bank terus memantau dan komited memberi sokongan.

Bank itu dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif berkenaan bertujuan mengurangkan tekanan kewangan jangka pendek, selain memastikan kelangsungan aliran tunai pelanggan.

Menurutnya, bantuan itu merangkumi pelanggan individu serta perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan akan dipertimbangkan berdasarkan situasi kewangan setiap pelanggan.

“Alliance Bank akan bekerjasama rapat dengan pelanggan terjejas bagi mengenal pasti fleksibiliti pembayaran balik atau bentuk bantuan lain yang sesuai untuk menangani cabaran kewangan sementara,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pelanggan yang menjangkakan kesukaran untuk memenuhi komitmen kewangan digesa supaya berhubung lebih awal dengan pihak bank melalui pengurus perhubungan atau saluran rasmi perkhidmatan pelanggan.

Dalam masa sama, bank itu memaklumkan akan terus memantau perkembangan semasa dan kekal komited dalam menyokong pelanggan sepanjang tempoh ketidaktentuan ini.