PNB catat agihan tertinggi RM15.3 bilion kepada pemegang ASB

RM15.3 bilion, agihan tertinggi PNB beri manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB)./ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mencatatkan agihan tertinggi sebanyak RM15.3 bilion kepada 13.1 juta pemegang unit Amanah Saham Nasional Berhad(ASNB), bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • PNB mengumumkan agihan tertinggi kepada pemegang Amanah Saham Bumiputera (ASB).
  • Prestasi pelaburan PNB kekal berdaya tahan walaupun menghadapi persekitaran global mencabar.
  • PNB memperkukuh pertumbuhan Aset Di Bawah Pengurusan, menyokong sasaran LEAP-6 dan menekankan kelestarian serta manfaat komuniti.

Pencapaian itu dimaklumkan menerusi Laporan Bersepadu 2025 PNB, yang menampilkan prestasi pelaburan berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Prestasi berkenaan turut disokong pertumbuhan Aset di Bawah Pengurusan, AUM kepada RM365.3 bilion, sekali gus membawa PNB lebih hampir kepada sasaran LEAP-6 sebanyak RM400 bilion menjelang 2027.

“Pertumbuhan itu mencerminkan strategi pelaburan yang berdisiplin serta tumpuan berterusan terhadap pulangan mampan kepada pemegang unit,” menurut kenyataan PNB.

Bagi dana ASB, PNB mengisytiharkan agihan 5.75 sen seunit, melibatkan RM10.4 bilion kepada 11.4 juta pemegang unit ASB.

Menurut PNB, prestasi itu disokong strategi kepelbagaian pelaburan yang berdisiplin merangkumi ekuiti, pendapatan tetap, kredit swasta dan pasaran global.

Dalam masa sama, PNB terus memperkukuh peranan dalam Korporat Malaysia menerusi kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Program GEAR-uP serta inisiatif 10 Juara Bumiputera.

Laporan itu turut menekankan komitmen PNB terhadap kelestarian dan impak sosial, termasuk peruntukan hampir RM100 juta bagi inisiatif pendidikan, pembangunan komuniti, kesihatan, literasi kewangan, zakat dan wakaf.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.