DOSM, MyCC perkukuh perkongsian data sokong dasar berasaskan bukti

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Jun– Usaha memperkukuh perkongsian data antara agensi kerajaan terus dipertingkat menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama menyokong penyediaan dasar awam lebih berkesan melalui penggunaan data dan statistik yang tepat, menyeluruh serta berintegriti.
  • Perkongsian data pentadbiran dan ekonomi dilaksanakan selaras Akta Perangkaan 1965 dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 untuk pemantauan sektor strategik dan persaingan adil.
  • Fokus pada latihan, pertukaran kepakaran dan perkongsian pengetahuan bagi meningkatkan keupayaan institusi serta memberi manfaat kepada perniagaan, pengguna dan ekonomi.

Kerjasama itu dijangka menyokong penyediaan dasar awam yang lebih berkesan menerusi penggunaan data dan statistik yang lebih tepat, menyeluruh serta berintegriti.

MoU berkenaan ditandatangani Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dan Pengerusi MyCC, Tan Sri Idrus Harun di ibu pejabat DOSM hari ini.

Kerjasama tersebut merangkumi perkongsian data pentadbiran dan data ekonomi berkaitan selaras dengan Akta Perangkaan 1965 serta Akta Suruhanjaya Persaingan 2010.

Inisiatif itu turut membantu pemantauan sektor ekonomi strategik selain memperkukuh pelaksanaan persaingan yang adil dalam pasaran.

Melalui kerjasama berkenaan, kedua-dua agensi juga akan memberi tumpuan kepada latihan, pertukaran kepakaran dan perkongsian pengetahuan bagi meningkatkan keupayaan institusi.

Kerjasama itu dijangka memberi manfaat kepada perniagaan, pengguna dan ekonomi negara melalui penghasilan data yang lebih berkualiti untuk menyokong proses membuat keputusan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.