
ASHGABAT, 20 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke tanah air, selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan.
- Lawatan rasmi pertama Anwar ke Turkmenistan atas jemputan Presiden Serdar Berdimuhamedov.
- Lawatan mencapai matlamat digariskan, memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
- Membuka lembaran baharu memperluas kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, terutama sektor tenaga berpotensi besar.
- Perdana Menteri merakam penghargaan kepada Presiden Turkmenistan atas layanan mesra; delegasi termasuk Johari Abdul Ghani dan Akmal Nasrullah.
Pesawat yang membawa beliau dan delegasi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat di sini pada 4.45 petang waktu tempatan.
Lawatan rasmi dua hari bermula 18 Jun itu merupakan kunjungan pertama beliau ke Turkmenistan, atas jemputan Presiden Serdar Berdimuhamedov.
Sementara itu menerusi hantaran Facebook, beliau menyifatkan lawatan ke negara Asia Tengah itu mencapai matlamat digariskan, khususnya dalam
memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Lawatan itu juga turut membuka lembaran baharu dalam usaha memperluas kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama, terutama sektor tenaga yang mempunyai potensi besar untuk diteroka dan dimanfaatkan demi kemakmuran kedua-dua negara.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Turkmenistan serta semua pihak atas layanan mesra kepada delegasi Malaysia.
Pada lawatan itu, Datuk Seri Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.