Penggunaan biodiesel langkah strategik jangka panjang pastikan kelestarian tenaga

Foto/ Facebook Felda

KUALA LUMPUR, 9 April – Krisis tenaga global perlu dimanfaatkan sebagai peluang untuk memperkukuh ketahanan ekonomi negara melalui pendekatan yang proaktif dan berdaya tahan, seperti penggunaan biodiesel.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penggunaan biodiesel sebagai langkah strategik jangka panjang untuk kelestarian tenaga dan kestabilan ekonomi.
  • Biodiesel bukan alternatif sementara; perlu dilaksanakan secara berterusan dan proaktif walau selepas krisis reda.
  • Inisiatif biodiesel termaktub dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
  • Pendekatan ini merupakan langkah struktur untuk memperkukuh daya tahan ekonomi menghadapi ketidaktentuan pasaran tenaga.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, penggunaan biodiesel bukan sekadar alternatif sementara, tetapi langkah strategik jangka panjang bagi memastikan kelestarian tenaga serta kestabilan ekonomi negara.

“Krisis Tenaga Global membolehkan kerajaan menggerakkan inisiatif seperti penggunaan biodiesel dan ia tidak seharusnya dilihat sebagai alternatif sementara yang akan dilupakan apabila krisis reda.

Sebaliknya perlu ditangani secara proaktif bagi memastikan daya tahan ekonomi untuk jangka masa panjang,” menurut beliau dalam kenyataan di Facebook Kementerian Ekonomi.

Katanya lagi, alternatif berkenaan sudah tersedia di dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Pendekatan tersebut juga tidak hanya bersifat jangka pendek terhadap ketidaktentuan pasaran tenaga global, sebaliknya adalah langkah struktur bagi memastikan ekonomi negara lebih berdaya tahan pada masa hadapan.