Sabah fokus isu bangunan sekolah terkesan banjir

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk James Ratib

KOTA KINABALU, 19 AprilKebajikan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan, Paitan, Sabah yang terkesan dengan isu bangunan sekolah tidak selamat akibat banjir terus menjadi keutamaan.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk James Ratib sedia menyalurkan peruntukan khas bagi membina asrama atau penempatan sementara untuk pelajar di kawasan berkenaan.

Langkah itu bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir mengikuti pembelajaran susulan pemindahan sesi kelas ke lokasi baharu.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui di SK Simpangan, Paitan.

Datuk James turut menasihati ibu bapa agar tidak bimbang dan terus memberi sokongan kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah sementara menunggu pembinaan bangunan sekolah kekal di tapak baharu yang lebih selamat dan bebas banjir.

Selain penyediaan bas sekolah, Datuk James turut mencadangkan agar pelajar yang tinggal jauh dibenarkan tinggal bersama keluarga terdekat atau
keluarga angkat sebagai alternatif jangka pendek.