
JOHOR BAHRU, 19 April – Seramai 22 Pendatang Asing Tanpa Izin, PATI di tahan atas pelbagai kesalahan Imigresen di premis perniagaan dan kediaman di sekitar kawasan Johor Bahru menerusi Op Selera dan Op Sapu yang dijalankan pada Jumaat lepas.
RINGKASAN BERITA AI
- Tahanan berusia antara 18 hingga 52 tahun, dipercayai bekerja atau pelanggan serta menetap di premis berkenaan.
- Pengumpulan tahanan: 10 lelaki Thailand, lima lelaki dan empat wanita Indonesia, tiga wanita Myanmar.
- Empat Borang 29 dikeluarkan, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 1963.
Pengarah Imigresen (JIM) Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, kesemua PATI ditahan berusia antara 18 hingga 52 tahun dipercayai bekerja dan pelanggan selain menetap di premis berkenaan.
Tahanan terdiri daripada 10 lelaki warga Thailand, lima lelaki dan empat wanita warganegara Indonesia, dan tiga wanita warga Myanmar.
Sebanyak empat Borang 29 dikeluarkan JIM Johor bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan – Peraturan Imigresen 1963.