Pelajar perlu kuasai AI, hadapi ketidaktentuan global

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 April – Pelajar perlu menguasai kemahiran menggunakan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi menghadapi perubahan landskap pembelajaran dan pekerjaan dalam situasi ketidaktentuan global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penguasaan teknologi meningkatkan kesiapsiagaan dan daya saing pelajar, menurut Ketua Pegawai Eksekutif ARCB Group.
  • Dasar bekerja dari rumah menggambarkan keperluan menyesuaikan diri dengan teknologi dalam pelbagai keadaan.
  • Pengalaman pandemik menunjukkan tiada corak tetap; kita perlu sentiasa bersedia bila-bila masa dan di mana jua.
  • Kemahiran teknologi membolehkan pelajar memenuhi permintaan industri serta menyokong kelangsungan dalam persekitaran mencabar.

Ketua Pegawai Eksekutif ARCB Group, Dr Udesh Chaskar berkata, penguasaan teknologi itu akan meningkatkan kesiapsiagaan dan daya saing pelajar.

Mengambil contoh dasar bekerja dari rumah yang dilaksana ketika ini, beliau berkata ia menggambarkan keperluan pelajar menguasai teknologi bagi menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

“Sejak pandemik COVID-19, kita dapat lihat bahawa tiada lagi corak yang benar-benar tetap. Kita perlu sentiasa bersedia pada bila-bila masa, di mana jua dan semua keadaan,” katanya pada majlis pelancaran ARCB Malaysia di sini baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, kemahiran tersebut membolehkan pelajar memenuhi permintaan industri, selaras perubahan semasa, sekali gus menyokong kelangsungan dalam persekitaran yang semakin mencabar.