
KUALA LUMPUR, 4 Mei– Pelabur asing meneruskan rentak jualan ekuiti di Bursa Malaysia, untuk minggu ketiga berturut-turut dengan mencatatkan aliran keluar bersih RM85.1 juta
- Jualan asing berlaku tiga dari empat hari; tertinggi pada Khamis (RM120.9 juta), diikuti Isnin (RM41.9 juta) dan Selasa (RM32.7 juta).
- Aliran masuk bersih asing tertinggi ke sektor perkhidmatan dan produk industri (RM128.3 juta), teknologi (RM114.2 juta) dan perladangan (RM53.3 juta).
- Aliran keluar bersih asing terbesar dicatatkan sektor utiliti (RM116.9 juta), hartanah (RM103.1 juta) dan penjagaan kesihatan (RM74.9 juta).
MBSB Investment Bank Bhd berkata jualan dicatatkan selama tiga daripada empat hari dengan tertinggi pada Khamis sebanyak RM120.9 juta, diikuti Isnin (RM41.9 juta) dan Selasa (RM32.7 juta).
Katanya, Rabu merupakan satu-satunya hari yang mencatatkan aliran masuk RM110.4 juta manakala, pasaran ditutup pada Jumaat bersempena cuti Hari Buruh.
“Tiga sektor yang mencatatkan aliran masuk bersih asing tertinggi ialah perkhidmatan dan produk industri (RM128.3 juta), teknologi (RM114.2 juta) dan perladangan (RM53.3 juta),” katanya dalam Laporan Aliran Dana berakhir 1 Mei 2026, hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, tiga sektor yang mengalami aliran keluar bersih asing tertinggi iaitu utiliti sebanyak RM116.9 juta, diikuti hartanah (RM103.1 juta) dan penjagaan kesihatan (RM74.9 juta).
Katanya, institusi tempatan masih meneruskan aliran masuk bersih iaitu sebanyak RM2.2 juta, secara berterusan untuk tempoh tiga minggu yang berturut-turut.
Pada masa sama MBSB Investment berkata, pelabur runcit tempatan kembali menjadi pembeli bersih setelah dua minggu sebagai penjual, apabila mencatat jumlah aliran masuk sebanyak RM82.8 juta.
Purata jumlah dagangan harian (ADTV) adalah meningkat dengan peruncit tempatan susut 1.0% manakala institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing bertambah 13.9% dan 6.8%.