Niaga hadapan KLCI dibuka tinggi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan pasaran tunai.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak niaga hadapan Mei, Jun, Sept dan Disember mencatat kenaikan antara 9.0 dan 11.5 mata.
  • Jumlah dagangan 2,059 lot manakala kepentingan terbuka 33,289 kontrak.
  • Selepas 50 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 6.32 mata kepada 1,728.34.

Pada 9.30 pagi, kontrak bulan semasa baharu Mei 2026 naik 9.0 mata kepada 1,728.5, Jun 2026 dan Disember 2026 masing-masing meningkat 10.50 mata kepada 1,729.0 dan 1,711.50 serta September 2026 menokok 11.50 mata kepada 1,712.50.

Jumlah dagangan sebanyak 2,059 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 33,289 kontrak.

Selepas 50 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 6.32 mata kepada 1,728.34 daripada 1,722.02 semasa ditutup pada Khamis lepas. -BERNAMA