
KUALA LUMPUR, 30 September – Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu, setakat pukul 7.00 pagi tadi.
- Bacaan tertinggi: Johan Setia, Selangor 176; Cheras, Kuala Lumpur 173; Nilai, Negeri Sembilan 171.
- Kawasan lain catat IPU tidak sihat termasuk Shah Alam 170, Pasir Gudang 169, Batu Muda 166 dan Putrajaya 165.
- Larkin 165, Seremban 164, Klang 163 dan Indera Mahkota Kuantan 163 turut merekodkan bacaan tinggi.
- 33 kawasan rekod IPU sederhana dan dua kawasan pada tahap baik; kategori: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat.
Berdasarkan maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia di Selangor mancatat bacaan tertinggi iaitu 176, diikuti Cheras, Kuala Lumpur (173) manakala Nilai, Negeri Sembilan (171).
“Antara kawasan lain yang turut mencatat IPU pada tahap tidak sihat adalah Shah Alam, Selangor (170), Pasir Gudang, Johor (169), Batu Muda, Kuala Lumpur (166) dan Putrajaya (165).
“Larkin, Johor (165), Seremban, Negeri Sembilan (164), Klang, Selangor (163) dan Indera Mahkota Kuantan, Pahang (163),” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, 33 kawasan pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan dua kawasan mencatatkan IPU pada tahap baik.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat.