Bursa Malaysia dibuka tinggi

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 0.51 peratus kepada 1,730.84

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama Mei, disokong oleh aliran masuk asing bersih yang berterusan dan diperkukuh oleh tinjauan positif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prospek ekonomi Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 8.82 mata atau 0.51% kepada 1,730.84 pada 9.10 pagi.
  • Pasaran menyeluruh positif: 313 kaunter untung berbanding 154 rugi; 365 tidak berubah, 1,789 tidak diniagakan.
  • Jumlah dagangan 177.02 juta saham bernilai RM90.92 juta.
  • Indeks FBM Emas, Top 100, Shariah, Mid 70 dan ACE meningkat; Perkhidmatan Kewangan melonjak, Indeks Tenaga merosot.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 8.82 mata atau 0.51 peratus kepada 1,730.84 daripada 1,722.02 semasa ditutup pada Khamis lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 6.72 mata kepada 1,728.74.

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 313 berbanding 154 manakala 365 kaunter tidak berubah, 1,789 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 177.02 juta saham bernilai RM90.92 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur apabila S&P 500 mencecah satu lagi paras tertinggi baharu, dipacu oleh saham teknologi susulan laporan pendapatan syarikat dikeluarkan.

Ini walaupun harga minyak mentah kekal tinggi dalam ketidaktentuan mengenai rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Pada peringkat domestik, beliau percaya dana asing akan terus mencatat aliran masuk bersih, disokong oleh unjuran positif terkini IMF terhadap ekonomi negara.

“Oleh itu, kami menjangka indeks berada dalam julat 1,720 hingga 1,735 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah enam sen kepada RM11.14, Public Bank, CIMB dan IHH Healthcare, masing-masing meningkat lima sen kepada RM4.73, RM7.71 dan RM8.87 manakala Tenaga Nasional mendatar pada RM14.54.

Dalam senarai paling aktif, SMRT naik 1.5 sen kepada 18 sen, GIIB menambah 4.5 sen kepada 15.5 sen, Nova menurun setengah sen kepada lima sen, AirAsia meningkat tiga sen kepada RM1.23 dan Malaysian Resources menokok setengah sen kepada 3.5 sen.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Malaysian Pacific naik RM1.58 kepada RM38.20, KESM meningkat 27 sen kepada RM4.35, United Plantations dan Petronas Dagangan, masing-masing menambah 26 sen kepada RM32 dan RM20.44.

Kaunter paling rugi ialah Nestle menurun 20 sen kepada RM108.20, Petronas Chemicals berkurangan 18 sen kepada RM5.74, PPB merosot 16 sen kepada RM11.36, Southern Acids menyusut 15 sen kepada RM3.05 dan Hibiscus Petroleum menurun lima sen kepada RM2.15.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 71.31 mata kepada 12,795.06, Indeks FBM Top 100 naik 72.58 mata kepada 12,633.41, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 61.31 mata kepada 12,779.68, Indeks FBM Mid 70 melonjak 140.02 mata kepada 18,226.0 dan Indeks FBM ACE naik 3.22 mata kepada 4,621.33.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga merosot 4.58 mata kepada 836.09, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 131.57 mata kepada 20,016.60, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menurun 0.09 mata kepada 196.22 dan Indeks Perladangan meningkat 66.08 mata kepada 9,005.39. -BERNAMA