Lebih 100 peneroka haram Israel serbu Kampung Jalud

Foto AFP

JALUD, 30 September – Lebih 100 peneroka haram Israel melancarkan serangan ke atas Kampung Jalud di utara Tebing Barat pada awal pagi Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kritikan antarabangsa meningkat, Netanyahu pandang ringan terhadap keganasan peneroka.
  • PBB melaporkan purata enam insiden sehari melibatkan pukulan, vandalisme dan pembakaran.
  • Di Al-Mughayyir puluhan peneroka menyerbu; AFP sahkan sekurang-kurangnya lima kereta hangus, ketegangan juga berlaku di Beitunia.
  • Bulan Sabit Merah merawat tiga cedera akibat dipukul peneroka; Kementerian Kesihatan Palestin lapor ribuan maut sejak Oktober 2023 termasuk wanita dan kanak-kanak.

Serangan tersebut berlaku di tengah-tengah peningkatan kritikan antarabangsa terhadap keganasan peneroka, isu yang terus dipandang ringan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), insiden serangan yang merangkumi kes pukulan, vandalisme, dan pembakaran kini mencatatkan purata enam kes sehari.

Dalam kejadian berasingan di Kampung Al-Mughayyir, timur laut Ramallah, puluhan peneroka haram Israel menyerbu kawasan kediaman penduduk Palestin.

Wartawan AFP mengesahkan sekurang-kurangnya lima buah kereta hangus terbakar dalam insiden itu, selain ketegangan turut tercetus di bandar Beitunia.

Sementara itu di kawasan Jamala, Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan pasukannya merawat tiga penduduk tempatan yang cedera dipukul peneroka haram Israel sebelum mengejarkan mereka ke hospital.

Keganasan di Tebing Barat terus memuncak sejak bermulanya konflik Israel-Hamas pada Oktober 2023.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, serangan tentera dan peneroka haram Israel telah mengorbankan ribuan warga Palestin, meliputi wanita dan kanak-kanak. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.