MyRMK dilancarkan suku pertama 2026

Akmal Nasrullah Mohd Nasir

PUTRAJAYA, 8 Januari Sistem MyRMK dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun ini bagi menambah baik proses pemantauan strategi dan inisiatif Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

RINGKASAN BERITA AI
  • MyRMK dijangka dilancarkan suku pertama 2026 untuk menambah baik pemantauan strategi dan inisiatif RMK13.
  • Tahun pertama pelaksanaan RMK13 penting untuk menterjemah dasar kepada program, inisiatif, dan projek berfaedah.
  • Kerajaan MADANI bertekad memastikan strategi RMK13 dilaksanakan secara nyata, tersusun, dan memberi impak kepada rakyat.
  • Pelaksanaan RMK13 bakal menentukan hala tuju ekonomi dan membantu keluar daripada perangkap pendapatan sederhana.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, tahun pertama pelaksanaan RMK13 dilihat penting bagi memastikan setiap dasar yang dirangka diterjemahkan kepada program, inisiatif, atau projek yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan MADANI komited sepenuhnya untuk memastikan setiap strategi dalam RMK13 bukan sekadar tertulis di atas kertas, sebaliknya diterjemahkan kepada tindakan yang nyata, tersusun, dan memberi impak kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Ekonomi Tahun 2026 dan Perhimpunan Bulan Januari Tahun 2026 bagi Kementerian Ekonomi di sini.

Fasa pelaksanaan itu juga akan menjadi penentu hala tuju ekonomi negara dalam menghadapi landskap global yang semakin mencabar.

“Pada masa yang sama, ia turut memperkukuh usaha negara untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dengan membina ekonomi berasaskan pengetahuan yang lebih produktif, inovatif, dan berdaya saing setanding negara maju,” katanya lagi.