Runtuhan lombong emas haram di Colombia ragut sembilan nyawa

Foto hiasan

BOGOTA, 20 Oktober – Sembilan orang maut, manakala 12 hingga 15 lagi dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong emas haram di barat daya Colombia, menurut seorang pegawai wilayah pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiausaha Keamanan dan Keselamatan Wilayah Nariño, Alex Gonzalez, kata beberapa mangsa dipercayai masih tertimbus.
  • Operasi mencari dan menyelamat menghadapi kesukaran kerana lokasi kejadian sukar diakses.
  • Kawasan kejadian berada di bawah kawalan kumpulan bersenjata, menyukarkan usaha penyelamatan.
  • Maklumat itu disampaikan kepada media tempatan, rangkaian Caracol.

Setiausaha Keamanan dan Keselamatan di Wilayah Narino, Alex Gonzalez, berkata beberapa mangsa dipercayai masih tertimbus di kawasan berkenaan.

Beliau berkata kepada media tempatan, rangkaian Caracol, operasi mencari dan menyelamat berdepan kesukaran berikutan lokasi kejadian yang sukar diakses serta berada di bawah kawalan kumpulan bersenjata.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang ramai menggunakan penyodok dan jengkaut untuk mengalihkan runtuhan.

Kemalangan di kawasan lombong kerap berlaku di Colombia, khususnya di kawasan perlombongan yang tidak dikawal selia.

Narino terletak di sempadan Ecuador, dikenal pasti sebagai antara kawasan tumpuan aktiviti perlombongan haram.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.