Arab Saudi maklumkan keadaan kembali selamat di Riyadh, Al-Kharj selepas amaran keselamatan

Pemandangan Pusat Kebudayaan Dunia Raja Abdulaziz, atau Ithra, di Dhahran, timur Arab Saudi/ AFP

ISTANBUL, 20 Oktober – Pihak berkuasa Arab Saudi pada Isnin memaklumkan bahawa keadaan berbahaya telah berlalu di ibu negara Riyadh dan Wilayah Al-Kharj susulan amaran awal yang dikeluarkan bagi kedua-dua kawasan itu, lapor Anadolu Ajansi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertahanan Awam menggesa penduduk patuhi arahan rasmi dan elakkan berkumpul serta merakam video.
  • Pengumuman itu mengikut amaran terdahulu yang memberi peringatan tentang bahaya di kawasan berkenaan.
  • Amaran dikeluarkan ketika permusuhan antara Arab Saudi dan Kumpulan Houthi di Yaman semakin memuncak.
  • Konflik termasuk serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan menerusi platform media sosial X, Pertahanan Awam Arab Saudi menggesa penduduk supaya mematuhi arahan rasmi serta “mengelakkan daripada berkumpul dan merakam video”.

Pengumuman itu menyusuli amaran terdahulu yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi “memberi amaran tentang bahaya” di kedua-dua kawasan berkenaan.

Amaran itu dikeluarkan ketika permusuhan antara Arab Saudi dengan Kumpulan Houthi di Yaman semakin memuncak, termasuk serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan negara itu.- BERNAMA-ANADOLU

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.