
ALOR GAJAH, 21 Oktober – Barisan Nasional (BN) akan bertanding 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala, PAS dan rakan gabungannya akan bertanding tujuh kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
- Rundingan antara BN dan PAS dimuktamadkan, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
- BN akan menggunakan logo partinya sendiri; penggunaan logo PAS dan rakan bergantung kepada kepimpinan mereka.
- SPR menetapkan penamaan calon pada 31 Oktober, pengundian awal 10 November dan hari pengundian 14 November.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat selepas rundingan antara BN dan PAS dimuktamadkan.
Menurutnya, BN akan menggunakan logo partinya sendiri sementara, penggunaan logo bagi PAS dan rakan gabungannya bergantung kepada kepimpinan mereka.
“BN akan mengumumkan calon pada 24 Oktober ini. Saya juga ingin memaklumkan bahawa rundingan antara BN dan PAS telah dimuktamadkan.
“Saya mengesahkan bahawa BN akan bertanding di 21 kerusi, manakala PAS dan rakan gabungannya bertanding tujuh kerusi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Melaka Bermunajat dan Majlis Ratib Al-Attas & Asmaulhusna di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah di sini.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, hari pengundian awal pada 10 November dan penamaan calon pada 31 Oktober.