
RANTAU PANJANG, 21 Oktober – Polis Kelantan dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula hujung bulan ini termasuk melaksanakan persediaan awal.
- Latihan simulasi merentasi jabatan dan agensi dilaksanakan sebagai persiapan.
- Simulasi melibatkan 14 jabatan dan agensi di Tok Bali, Pasir Puteh minggu lalu.
- Langkah itu bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan semua pihak menghadapi musim tengkujuh.
- METMalaysia menjangka Monsun Timur Laut bermula hujung Oktober hingga pertengahan Mac 2027.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata antara persediaan dilakukan adalah latihan simulasi merentasi jabatan dan agensi.
“Latihan simulasi bersama 14 jabatan dan agensi dilaksanakan di Tok Bali, Pasir Puteh pada minggu lalu.
“Ia sebagai usaha kesiapsiagaan semua pihak menghadapi musim tengkujuh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat seorang anggota polis berpangkat koperal yang cedera di rumahnya, di sini hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), MTL dijangka bermula hujung Oktober ini hingga pertengahan Mac 2027.