RM22 juta bina semula bangunan daif SK Ambual

Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup / Foto Facebook Arthur Joseph Kurup

PENSIANGAN, 21 Oktober – Ekosistem pembelajaran murid di kawasan pedalaman terus dipertingkat menerusi pembangunan kemudahan pendidikan termasuk pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Ambual.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembinaan bernilai RM22 juta akan memberi manfaat kepada kira-kira 150 murid dan meningkatkan keselesaan persekitaran pembelajaran.
  • Projek dilaksana JKR Sabah termasuk blok pentadbiran, blok akademik, makmal komputer, bilik sains, dewan makan dan surau.
  • PIBG menyambut baik kemudahan baru; bangunan lama papan mengalami kebocoran dan tidak selesa untuk sesi pembelajaran.
  • Inisiatif turut diluaskan kepada sekolah berhampiran melalui program seperti Sekolah Angkat MADANI.

Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata pembinaan melibatkan kos RM22 juta akan memberi manfaat kepada kira-kira 150 murid sekali gus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa.

“Saya berharap dengan pembinaan bangunan baharu ini akan menyuntik semangat yang lebih tinggi kepada semua masyarakat sekitar khususnya anak-anak kita dan juga ibu bapa,” katanya.

Projek pembinaan itu dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah merangkumi blok pentadbiran dan akademik, makmal komputer, bilik sains, dewan makan serta surau.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Ambual, Victor Sibin menyambut baik kemudahan baharu tersebut.

“Tanpa bangunan baharu, kami terpaksa menggunakan bangunan lama dengan struktur papan selain, ada masalah kebocoran dan sudah pasti tidak selesa untuk sesi pembelajaran. Kalau dahulu hujan, memang keadaan sangat tidak selesa,” katanya.

Selain SK Ambual, pembangunan kemudahan institusi pendidikan turut dilaksanakan di sekolah-sekolah dalam kawasan berhampiran termasuk menerusi inisiatif Sekolah Angkat MADANI.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.