Perintah berkurung baharu dikuat kuasa di Paris

Foto AFP

PARIS, 21 Oktober – Polis Paris mengumumkan perintah berkurung baharu di beberapa kawasan di bandar raya Perancis itu bermula malam Rabu hingga pagi Khamis, susulan protes hujung minggu lalu yang bertukar menjadi rusuhan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perintah berkurung dari pukul 23:00 hingga 06:00.
  • Larangan perhimpunan tanpa pemberitahuan bermula pukul 20:00 di Istana Presiden, Dewan Perhimpunan, Senat dan Champs-Elysees.
  • Sekatan itu memasuki malam ketiga berturut-turut.
  • Perancis bersiap sedia menghadapi kemungkinan protes baru pada Sabtu.

Selain perintah berkurung dari pukul 11 malam Rabu (waktu tempatan) hingga 6 pagi Khamis, polis turut mengumumkan larangan perhimpunan awam ‘tanpa pemberitahuan rasmi’ bermula pukul 8 malam di kawasan sekitar Istana Presiden, Dewan Perhimpunan Kebangsaan, Senat dan jalan Champs-Elysees.

Sekatan itu memasuki malam ketiga berturut-turut ketika Perancis bersiap sedia menghadapi kemungkinan protes baharu pada Sabtu. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.