Ketegangan Asia Barat bakal lonjak harga minyak sawit mentah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 22 Mac– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konflik di Asia Barat dijangka meningkatkan harga tenaga dan menyokong sentimen positif terhadap minyak sawit mentah.
  • Harga MSM dijangka berada dalam julat RM4,450 hingga RM4,680 satu tan minggu depan.
  • Pasaran dijangka perlahan minggu depan kerana tempoh dagangan singkat berikutan Aidilfitri.
  • Paras stok mencukupi manakala permintaan dijangka datang dari pengimport utama seperti China, India, Kesatuan Eropah dan AS.

Situasi itu susulan konflik yang berlaku di Asia Barat.

Pemain industri menjangkakan situasi tersebut menjadikan harga tenaga lebih tinggi dan menyokong sentimen terhadap minyak sawit.

Justeru, harga dijangka bergerak dalam julat RM4450 satu tan hingga RM4680 satu tan minggu depan.

Pasaran pula dijangka berada dalam momentum perlahan minggu depan berikutan tempoh dagangan yang singkat berikutan Aidilfitri.

Paras stok bagi inventori minyak sawit pula dijangka mencukupi dan permintaan masih dijangka daripada pengimport utama termasuk China, India, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS).