
KUALA LUMPUR, 17 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai: RM46.66 bilion dalam pasaran konvensional dan RM15.76 bilion dalam pasaran wang Islam.
- Tender repo berbalik konvensional: RM7 bilion untuk tujuh hari dan RM150 juta untuk 31 hari.
- Tender repo berbalik Islam: RM1.5 bilion untuk tujuh hari dan RM500 juta untuk 94 hari.
- Tender semalaman pada 4.00 petang: konvensional sehingga RM53.8 bilion dan Murabahah sehingga RM17.6 bilion.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM46.66 bilion dalam pasaran konvensional dan RM15.76 bilion dalam pasaran wang Islam.
BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM7 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM150 juta untuk 31 hari.
Bank pusat akan turut menjalankan dua tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) terdiri daripada tender bernilai RM1.5 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM500 juta untuk 94 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM53.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM17.6 bilion. -BERNAMA