Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 29 April -Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebihan mudah tunai dianggarkan RM42.43 bilion (konvensional) dan RM32.51 bilion (Islam).
  • BNM akan melaksanakan tender perjanjian jual balik tujuh hari bernilai RM2.0 bilion.
  • BNM sediakan kemudahan repo dan murabahah untuk 1 minggu, 1 bulan, 3 bulan; tender semalaman pada 4 petang: konvensional RM44.4 bilion, murabahah RM32.5 bilion.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan berjumlah RM42.43 bilion dalam pasaran konvensional dan RM32.51 bilion dalam pasaran dana Islam.

BNM akan melaksanakan tender perjanjian jual balik berjumlah RM2.0 bilion bagi tempoh tujuh hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM44.4 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM32.5 bilion. – BERNAMA