Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai dianggarkan RM41.45 bilion (konvensional) dan RM29.01 bilion (Islam) dalam sistem perbankan.
  • BNM menjalankan dua tender repo berbalik: RM2.5 bilion tujuh hari dan RM500 juta 31 hari.
  • Bank pusat sediakan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan Murabahah Komoditi Bercagar untuk satu minggu, satu bulan, tiga bulan.
  • Pada 4.00 petang BNM jalankan tender semalaman konvensional sehingga RM44.5 bilion dan RM29.0 bilion tender semalaman Murabahah.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM41.45 bilion dalam pasaran konvensional dan RM29.01 bilion dalam dana Islam.

BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik, masing-masing terdiri daripada RM2.5 bilion untuk tujuh hari dan RM500 juta untuk 31 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM44.5 bilion dan RM29.0 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA