
KUALA LUMPUR, 3 November- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Lebihan mudah tunai dianggarkan RM33.87 bilion (konvensional) dan RM37.13 bilion (Islam) dalam sistem perbankan.
- BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik: RM7.5 bilion untuk tujuh hari dan RM1 bilion untuk 30 hari.
- Bank pusat menyediakan kemudahan repo berbalik, jual beli balik dan Murabahah untuk tempoh mingguan, bulanan, suku serta tender semalaman pada 4.00 petang.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM33.87 bilion dalam pasaran konvensional dan RM37.13 bilion dalam pasaran wang Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada RM7.5 bilion untuk tujuh hari dan RM1 bilion untuk 30 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM42.4 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM37.1 bilion. -BERNAMA