RM150 juta besarkan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar tahun depan

Foto Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR, 4 November – Kerajaan memperuntuk RM150 juta pada 2027 bagi membesarkan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar di Sabah sebagai sebahagian usaha memperkukuh infrastruktur dan merancakkan aktiviti ekonomi negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan RM9.85 juta untuk menaik taraf jalan penghubung ke Taman Perindustrian Kota Kinabalu.
  • SEDIA beri tumpuan kepada pembangunan industri hiliran sawit dan ekopelancongan di Sabah.
  • Usaha itu bertujuan membuka peluang perniagaan dan pekerjaan serta menyediakan latihan kemahiran berasaskan keperluan industri.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan turut menyediakan RM9.85 juta bagi menaik taraf jalan penghubung ke Taman Perindustrian Kota Kinabalu.

Menjawab persoalan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Mohd Kurniawan Naim Moktar mengenai peranan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), beliau berkata agensi itu turut memberi tumpuan kepada pembangunan industri hiliran sawit dan ekopelancongan.

“Usaha berkenaan bertujuan membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk setempat, selain menyediakan latihan kemahiran yang memenuhi keperluan industri.

“SEDIA akan memberi tumpuan juga kepada pembangunan industri hiliran sawit dan juga ekopelancongan bagi membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk setempat dengan latihan kemahiran yang menepati keperluan industri,” katanya.

Akmal Nasrullah berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.