Pasaran getah ditutup rendah berikutan kelemahan getah serantau, pengukuhan ringgit

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 November – Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam pasaran hadapan getah serantau dan tertekan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US, kata seorang peniaga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Niaga hadapan getah Jepun jatuh untuk sesi keempat berturut-turut susulan ketidaktentuan gangguan bekalan berkaitan El Nino.
  • Sentimen pasaran lemah disebabkan ketidakpastian geopolitik Asia Barat, prospek perjanjian damai dan kebimbangan pilihan raya separuh penggal AS.
  • Prestasi juga terjejas oleh data ekonomi China yang kurang memberangsangkan.
  • Penurunan sebahagiannya diimbangi oleh defisit bekalan getah asli global menurut IRSG dan pengukuhan penanda aras minyak mentah.

Menurut peniaga itu, niaga hadapan getah Jepun jatuh untuk sesi keempat berturut-turut di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai gangguan bekalan berkaitan El Nino.

Sentimen pasaran dilemahkan lagi oleh ketidaktentuan mengenai perkembangan geopolitik di Asia Barat dan prospek perjanjian damai, selain kebimbangan terhadap implikasi pilihan raya separuh penggal Amerika Syarikat dan data ekonomi China yang kurang memberangsangkan.

“Kebimbangan sama ada El Nino akan menyebabkan pengurangan pengeluaran yang ketara di kawasan pertumbuhan utama turut mempengaruhi sentimen,” katanya kepada Bernama.

Namun begitu, beliau berkata penurunan itu sebahagiannya telah diimbangi oleh defisit bekalan getah asli global yang dilaporkan oleh International Rubber Study Group (IRSG) dan pengukuhan dalam penanda aras harga minyak mentah.

.Pada 3 petang, harga SMR 20 susut 23.50 sen kepada 971 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun lima sen kepada 778.5 sen sekilogram.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.