4,942 pekerja asing diluluskan untuk sektor perladangan dan komoditi

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad/ Foto Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 November – Seramai 4,942 pekerja asing mendapat kelulusan pengambilan bagi sektor perladangan dan komoditi setakat Jumaat lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian mengemukakan syor pengambilan 14,377 pekerja asing melibatkan 100 syarikat kepada Kementerian Sumber Manusia.
  • 14 syarikat telah memperoleh kelulusan bagi pengambilan pekerja, manakala permohonan lain masih menunggu proses kelulusan.
  • Kementerian mempergiatkan program TVET termasuk kursus mekanisasi ladang, pakar penuaian dan pakar mesin untuk memperkasakan tenaga kerja tempatan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, kementerian telah mengemukakan syor pengambilan 14,377 pekerja asing melibatkan 100 syarikat kepada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Daripada jumlah itu, 14 syarikat telah memperoleh kelulusan melibatkan 4,942 pekerja, manakala permohonan lain masih menunggu proses kelulusan.

“Daripada jumlah syor yang telah dihantar oleh KPK, 14 syarikat telah mendapat kelulusan setakat Jumaat tempoh hari dan daripada jumlah 14 syarikat ini melibatkan 4,942 pekerja yang mendapat kelulusan,” katanya.

Dalam pada itu, kementerian turut mempergiat usaha memperkasa tenaga kerja tempatan menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), termasuk kursus operasi mekanisasi ladang, pakar penuaian dan pakar mesin.

Beliau menjawab isu tenaga kerja yang dibangkitkan ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi di Dewan Rakyat, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.