Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan operasi dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM36.40 bilion daripada RM29.33 bilion.
  • Mudah tunai dalam sistem Islam naik kepada RM36.40 bilion daripada RM35.93 bilion.
  • BNM menjalankan tender repo berbalik dan menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM36.3 bilion kepada RM36.4 bilion.
  • Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada paras 2.75 peratus setakat 29 Oktober 2026.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM36.40 bilion daripada RM29.33 bilion pada pagi tadi manakala mudah tunai dalam sistem Islam naik kepada RM36.40 bilion daripada RM35.93 bilion sebelumnya.

Terdahulu, BNM menjalankan tender repo berbalik.

Bank pusat itu menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM36.3 bilion kepada RM36.4 bilion.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan RM36.40 bilion bagi setiap tender pasaran wang konvensional dan murabahah, masing-masing untuk tempoh pembiayaan tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada paras 2.75 peratus setakat 29 Oktober 2026.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.