Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Februari – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil selepas operasi Bank Negara Malaysia menyerap lebihan mudah tunai.
  • Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM30.80 bilion, menunjukkan kecairan berterusan.
  • Mudah tunai dalam dana Islam naik kepada RM19.40 bilion selepas tender khusus dijalankan.
  • BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional dan murabahah tiga hari bagi menyelaraskan kecairan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM30.80 bilion daripada RM30.23 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam menokok kepada RM19.40 bilion daripada RM18.04 bilion sebelum itu.

Terdahulu, bank pusat itu mengeluarkan tiga tender repo berbalik serta dua tender repo berbalik Islam.

Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM30.80 bilion dan tender pasaran wang murabahah berjumlah RM19.40 bilion, kedua-duanya bagi tempoh tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 26 Feb, 2026.- BERNAMA