Industri aeroangkasa Malaysia sasar pertumbuhan hingga 20 peratus

Gambar Hiasan / Foto BERNAMA

SERDANG, 25 Jun – Industri aeroangkasa Malaysia menyasarkan pertumbuhan antara 15 hingga 20 peratus tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Permintaan global pesawat tinggi membuka ruang bagi Malaysia memperkukuh peranan dalam rantaian bekalan aeroangkasa antarabangsa.
  • Kekuatan utama Malaysia terletak pada perkhidmatan MRO dan keupayaan menghasilkan komponen kritikal aeroangkasa.
  • Sektor membantu meningkatkan kemahiran jurutera, reka bentuk, penyelesaian teknikal dan pemindahan teknologi; lebih 250 syarikat jana kira-kira RM32.5 bilion pada 2025.

Jelas beliau, sasaran itu didorong permintaan global terhadap pesawat, sekali gus menyediakan platform kepada Malaysia memperkukuh peranan dalam rantaian bekalan aeroangkasa antarabangsa.

“Permintaan terhadap pesawat sangat tinggi dan banyak pengeluar seperti Airbus serta Boeing masih berdepan kelewatan penghantaran.

“Keadaan ini menunjukkan pasaran yang kukuh dan membuka lebih banyak ruang kepada industri aeroangkasa Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui pada Sidang Kemuncak Aeroangkasa Malaysia 2026, di sini, hari ini.

Menurut Sim, kekuatan utama Malaysia terletak pada perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO), selain keupayaan menghasilkan komponen kritikal aeroangkasa.

Katanya, perkembangan sektor itu turut membantu meningkatkan kemahiran jurutera tempatan dalam aspek reka bentuk, penyelesaian teknikal dan pemindahan teknologi.

“Apabila komponen kritikal boleh diperoleh dalam negara, syarikat tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada sumber luar,” katanya.

Pada 2025, lebih 250 syarikat aeroangkasa di Malaysia menjana pendapatan kira-kira RM32.5 bilion.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.