Strategi perkukuh kepelbagaian ekonomi negara diperhebat – Timbalan Menteri Ekonomi

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kerajaan akan terus memperhebat strategi bagi memperkukuh kepelbagaian ekonomi negara dan beralih kepada aktiviti ekonomi yang memberi nilai tambah tinggi, selari dengan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkasa ekonomi hijau, ekonomi biru dan ekonomi jingga sebagai pemacu pertumbuhan baharu.
  • Mempercepatkan pembangunan industri bernilai tinggi seperti semikonduktor dan kecerdasan buatan.
  • Mengukuhkan R&D, komersialisasi, ekosistem perniagaan, pemerkasaan bakat dan penerimaan teknologi untuk tingkatkan produktiviti serta daya saing antarabangsa.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, antara strategi yang dirangka dalam RMK-13 adalah meningkatkan kerencaman ekonomi, memperhebatkan pertumbuhan yang terangkum, mampan dan seimbang, serta peluasan jaringan perdagangan pada peringkat global.

“Potensi ekonomi hijau, ekonomi biru dan jingga juga akan terus diperkasakan sebagai pemaju pertumbuhan baharu.

“Pembangunan industri yang mempunyai pertumbuhan nilai yang tinggi akan dipercepatkan termasuk industri semikonduktor dan kecerdasan buatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada wakil Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad berhubung strategi kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap sektor komoditi di sini, hari ini.

Tambah Datuk Shahar, kesemua strategi tersebut akan turut disokong dengan peningkatan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkormersialan dan inovasi, memperkukuh ekosistem perniagaan, pemerkasaan bakat, serta penerimaan gunaan teknologi termaju.

Selain itu katanya, produktiviti sektor juga akan diperkasa bagi membolehkan industri tempatan meningkatkan daya saing, sekali gus menembusi pasaran antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.