Ekonomi Malaysia di landasan kukuh

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ekonomi Malaysia berada di landasan kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan global termasuk perkembangan geopolitik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keyakinan pelabur kekal positif susulan hala tuju dasar yang jelas dan langkah kerajaan.
  • Kerajaan fokus memperkukuh kerencaman ekonomi melalui pelaksanaan NIMP 2030 dan Strategi Semikonduktor Nasional.
  • Tumpuan diberi kepada industri berimpak tinggi: elektrik dan elektronik, semikonduktor, pusat data, kecerdasan buatan, minyak dan gas, aeroangkasa.
  • Menarik pelaburan berkualiti untuk mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan memperkukuh daya saing Malaysia di rantau.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata keyakinan pelabur terhadap Malaysia kekal positif susulan kestabilan ekonomi dan hala tuju dasar yang jelas.

Menurut beliau, kerajaan kini memberi fokus kepada usaha memperkukuh kerencaman ekonomi menerusi pelaksanaan pelbagai dasar strategik termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

Katanya, tumpuan turut diberikan kepada industri berimpak tinggi seperti elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor, pusat data, kecerdasan buatan (AI), minyak dan gas serta aeroangkasa.

“Malaysia adalah negara yang unik kerana kestabilan yang ada dan keyakinan pelabur untuk terus membangun dalam negara ini. Itu satu perkara yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri Ke-12 di Securities Commission Malaysia, di sini malam tadi.

Tambah beliau, usaha menarik pelaburan berkualiti akan membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai ekonomi berdaya saing di rantau ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.