
KUALA LUMPUR, 11 Julai – AirBorneo Airways (AirBorneo) mengumumkan pembukaan jualan tiket bagi laluan baharu Kuching–Singapura, destinasi antarabangsa pertama syarikat penerbangan itu dalam usaha memperluaskan rangkaiannya ke luar Malaysia.
- Penerbangan sulung dijadual bermula 22 Julai bersempena Hari Sarawak, simbol aspirasi memperkukuh jaringan antarabangsa serta peluang ekonomi serantau.
- Singapura sebagai hub strategik dijangka merancakkan perdagangan, pelancongan dan pelaburan, menyokong pembangunan ekonomi dan sosial Sarawak.
- Perkhidmatan harian antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Terminal 4 Changi akan meningkatkan hubungan udara serta peluang perdagangan dan pelancongan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Megat Ardian Aminuddin, berkata pembukaan laluan Kuching–Singapura merupakan langkah penting dalam perkembangan syarikat kerana ia memperluaskan hubungan udara Sarawak ke peringkat antarabangsa buat kali pertama.
“Penerbangan sulung dijadual bermula 22 Julai, bersempena dengan sambutan Hari Sarawak, yang melambangkan aspirasi negeri itu untuk memperkukuh jaringan antarabangsa serta memperluas peluang ekonomi di peringkat serantau,” menurut kenyataan itu.
Singapura merupakan hab serantau dan antarabangsa yang strategik, justeru laluan baharu itu dijangka merancakkan perdagangan, pelancongan dan pelaburan, di samping menyokong pembangunan ekonomi dan sosial Sarawak.
Pihaknya akan terus memperkukuh rangkaian domestik dan antarabangsanya bagi menyediakan perkhidmatan penerbangan yang selamat, boleh dipercayai dan bernilai kepada rakyat serta komuniti perniagaan.
Perkhidmatan harian itu akan beroperasi antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Terminal 4 Lapangan Terbang Changi, Singapura.
Ia sekali gus meningkatkan hubungan udara Sarawak dengan hab penerbangan dan perniagaan utama di rantau ini serta membuka lebih banyak peluang perdagangan, pelancongan dan pelaburan.