Zahid nafi tangguh PRN Johor, Melaka

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO

DUNGUN, 20 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan kerajaan bercadang menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka kerana takut kalah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menafikan kerajaan bercadang menangguhkan PRN Johor dan Melaka kerana takut kalah.
  • Keputusan pembubaran DUN adalah hak pemimpin negeri: TYT, Pemangku Sultan Johor dan Yang di-Pertuan Agong.
  • Tempoh pembubaran DUN bagi Johor dan Melaka masih jauh; tiada keperluan menangguhkan pilihan raya.
  • Kerajaan tidak akan mengulangi isytihar darurat untuk menangguhkan pilihan raya seperti ketika pandemik COVID-19.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata tidak timbul soal penangguhan PRN di kedua-dua negeri itu kerana keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah hak mutlak pemerintah negeri.

“Ini (PRN) terserah pada Tuan Yang Terutama (TYT), Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Johor dan Yang di-Pertuan Agong sendiri kerana hak pembubaran DUN terletak kepada mereka,” katanya selepas merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun, di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan tempoh pembubaran DUN bagi Johor dan Melaka masih jauh, justeru tiada keperluan untuk menangguhkan pilihan raya berkenaan.

Katanya, kerajaan tidak akan mengulangi langkah pentadbiran terdahulu yang mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan pilihan raya seperti ketika pandemik COVID-19.