fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri tiba di Pulau Pinang

(FOTO FB Istana Negara)

BAYAN LEPAS, 6 April- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas untuk memulakan lawatan selama tiga hari.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.


(Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menyambut keberangkatan tiba Yang
di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah/FB Istana Negara)

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual berangkat ke bazar Ramadan di Tanjong Tokong selain menghadiri majlis buka puasa dan edaran bubur lambuk.

Esok, Yang di-Pertuan Agong akan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Jamek Ar Rahmani, Pokok Sena, Tasek Gelugor.

Manakala, Raja Permaisuri Agong akan berangkat ke Majlis Perasmian Pusat Jagaan Darul Hanan, Kepala Batas.

Pada sebelah malam pula, Tunku Azizah dijadual menghadiri Jamuan Santapan Durian di Batu Feringhi.

Pada hari terakhir Al-Sultan Abdullah akan berangkat ke Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang.

Media Baharu