
KUALA LUMPUR, 19 Januari –Kementerian Luar Negeri sedang memantau secara rapat perkembangan insiden perlanggaran melibatkan dua buah kereta api yang berlaku di Sepanyol pada petang Ahad semalam.
- Kedutaan Malaysia di Madrid berhubung rapat dengan pihak berkuasa Cordoba dan pengendali kereta api untuk maklumat terperinci.
- Wisma Putra belum terima pengesahan rasmi mengenai penglibatan warganegara Malaysia dalam insiden.
- Warganegara Malaysia di Sepanyol yang perlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan di Madrid.
Berdasakan makluman Media Wisma Putra, insiden berkenaan melibatkan perkhidmatan kereta api bagi laluan Malaga-Madrid dan Madrid-Huelva.
“Kedutaan Besar Malaysia di Madrid telah menjalinkan hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan Sepanyol di Cordoba serta pengedali kereta api yang terlibat bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian tersebut,” menurut kenyataan Wisma Putra.
Pada masa ini, kementerian masih belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung penglibatan warganegara Malaysia dalam insiden tersebut.
Dalam pada itu, Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia di Sepanyol yang memerlukan bantuan konsular supaya menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid melalui saluran yang disediakan.