fb fb fb fb fb

Waspada 'scammer' mengaku wakil MYAirline

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 Disember- Syarikat penerbangan MYAirline mengingatkan pelanggannya agar berwaspada dengan aktiviti penipuan atau 'scam' berkaitan tuntutan bayaran balik tiket penerbangannya.

Ia susulan laporan mendakwa dihubungi individu yang mengaku sebagai wakil MYAirline mendapatkan butir peribadi pelanggan kononnya bagi tujuan memproses bayaran balik.

Menerusi kenyataan, para pelanggan dinasihatkan untuk mengesahkan sumber yang menghubungi dengan memeriksa alamat emel atau nombor telefon yang sah.

Pelanggan juga perlu berwaspada sebelum berkongsi butiran peribadi khususnya maklumat perbankan dengan individu diragui bukan mewakili MYAirline.

Sebarang pertanyaan berhubung proses bayaran balik boleh dibuat melalui saluran emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau nombor 03 8966 2522.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE