fb fb fb fb fb

UTM capai kadar kebolehpasaran graduan hampir 100%

JOHOR BAHRU, 24 November- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus cemerlang apabila memperoleh kadar kebolehpasaran graduan hampir 100% atau 97.9%, pada ketika ini.

Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, graduan UTM mempunyai reputasi baik dalam kalangan pihak industri, sebagai pekerja mahir dan mampu memajukan sektor ekonomi.

Antara bukti kecemerlangan UTM, ialah berada pada kedudukan kedua di Malaysia tahun ini, dalam 2022-2023 Best Global Universities Rankings, oleh US News and World Report.

Baginda yakin, UTM akan terus memacu agenda kesohoran global dengan pengukuhan jaringan kerjasama antarabangsa.


(Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah)

"Lebih membanggakan, kedudukan UTM dalam the impact rankings 2022, dalam menjayakan matlamat pembangunan lestari sembilan, iaitu industri, inovasi dan infrastruktur, berada pada tangga pertama dalam kalangan Universiti Malaysia," Titah Raja Zarith Sofiah semasa Majlis Konvokesyen UTM ke 66 di Skudai di sini.

Majlis menyaksikan 7,934 graduan menamatkan pengajian mereka di UTM termasuk penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada dua tokoh akademik, Dr Sahrom Sanugi dan Dr Mohd Nawi Derahman.

Daripada jumlah tersebut, 775 merupakan graduan antarabangsa daripada 40 buah negara dengan Indonesia, Iraq dan Bangladesh, memiliki bilangan graduan tertinggi.

UTM telah melahirkan 218,409 graduan sejak 1972 dengan 10,262 daripadanya merupakan graduan antarabangsa dari seratus negara.

Media Baharu