fb fb fb fb fb

ISN jalin kerjasama jadikan UPSI Pusat Satelit ISN

Profesor Md Amin (kiri) menyerahkan borang permohonan UPSI sebagai Pusat Satelit ISN kepada Ahmad Faedzal/Foto Komunikasi Korporat UPSI

TANJUNG MALIM, 22 Februari- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal muncul sebagai Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN), sekali gus merealisasikan program pendidikan berkaitan termasuk menjadikan atlet sebagai guru, demi kecemerlangan sukan negara.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin berharap kerjasama berkenaan dapat memberi peluang kepada pihak universiti menimba pengalaman khususnya dalam pengurusan penyelidikan melibatkan atlet.

"Menerusi kerjasama ini juga, UPSI dapat menyediakan kurikulum program termasuk cadangan dual program, kepakaran tenaga pengajar dan tawaran program pendidikan di UPSI khusus kepada atlet untuk menjadi guru demi kecemerlangan sukan," katanya menerusi kenyataan kepada RTM.

Sementara itu Dekan FSSK Dr. Jaffry Zakaria berpendapat, perbincangan kolaborasi itu merupakan pengalaman dan penghargaan buat FSKK.

Terdahulu, UPSI  menerusi Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) menyerahkan permohonan kepada ISN untuk menjadikan universiti itu sebagai Pusat Satelit ISN.

Usaha itu, selain memajukan sukan negara, juga memfokuskan kepada kepakaran tenaga pengajar dan fasiliti sukan yang ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli berkata, pihaknya turut fokus kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), Pengantarabangsaan, Pengkomersilan dan Road To Goal (RTG) 2024 dan 2028.

Majlis kerjasama antara ISN dan UPSI diadakan di Scholars Suite, Kampus Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh delegasi ISN yang diketuai oleh Ahmad Faedzal serta Ketua-Ketua Unit di ISN.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI