fb fb fb fb fb

Umat Islam perlu waspada ajaran sesat - Mufti Pahang

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 7 April- Masyarakat Islam perlu berwaspada dan menghindari ajaran sesat atau sebarang ajaran yang bercanggah dengan akidah.

Mufti Pahang Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim dalam satu kenyataan berkata, umat Islam perlu merujuk kepada ahli-ahli agama yang bertauliah sekiranya terdapat sebarang kekeliruan yang berpaling dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Jabatan Mufti Negeri Pahang menjunjung titah Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar menyeru masyarakat Islam menolak ajaran sesat seperti fahaman Khawarij, Takfri dan apa jua ajaran yang menyeleweng.

"Jika tidak dibendung, ia boleh mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku selain membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat," katanya.

Bagaimanapun pihaknya akan memantau sebarang bentuk ajaran atau fahaman yang mencurigakan agar dapat dibendung dan ditangani dengan sebaik-baiknya demi kesucian akidah umat Islam di negeri tersebut terus terpelihara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI