ALOR SETAR, 6 Februari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah tidak akan berkompromi dan akan terus memburu pemilik-pemilik melakukan pengubahsuaian terhadap motosikal masing-masing.
Motosikal milik seorang mekanik berusia 23 tahun turut disita JPJ Kedah dalam Ops Perayaan Tahun Baharu Cina di sekitar Alor Setar.
Pemuda berasal dari Pokok Sena itu ditahan Unit Penguatkuasaan Bermotorsikal JPJ Kedah ketika sedang menunggang motosikal seorang diri di Jalan Suka Menanti.
Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata hasil pemeriksaan mendapati, motosikal itu telah diubah suai.
"Kesalahan teknikal melibatkan aspek keselamatan seperti tayar tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, pengedap bunyi dan mengubah suai bentuk dan peralatan kenderaan tanpa kebenaran (tukar swing arm dan ubah suai enjin) yang boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya serta ubah suai ekzos..." katanya dalam satu kenyataan.
Unit Penguatkuasaan Bermotosikal JPJ Kedah mengambil pendekatan tegas dengan mengeluarkan notis saman dan sita kepada pemilik yang melakukan pengubahsuaian pada kenderaan bawah Seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain itu JPJ Kedah komited dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya, selain meningkatkan kesedaran terhadap pematuhan peraturan dan undang-undang dalam kalangan pengguna jalan raya.
Bagaimanapun sebarang aduan boleh disalurkan ke