fb fb fb fb fb

Tiga prasyarat buka semula Zon Aliran Bebas Wang Kelian

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) bersama Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli meninjau keadaan di Pos Imigresen Wang Kelian di Padang Besar /Foto BERNAMA

WANG KELIAN, 14 Mei - Kementerian Dalam Negeri komited membuat penambahbaikan ICQS wang Kelian melalui peruntukan yang telah disediakan bagi merealisasikan Pembukaan semula Zon Aliran Bebas di Pintu sempadan berkenaan.

Penambahbaikan tersebut merangkumi tiga kompenen penting yang perlu dinaik taraf sebagai prasyarat pembukaan semula Zon Aliran Bebas di Wang Kelian, Perlis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiga kompenen itu merangkumi penempatan Agensi utama KDN di bawah satu Bumbung iaitu di bawah satu Kompleks Baharu.

Selain itu, laluan masuk dan keluar di sempadan berkenaan juga akan diperbesarkan menjadi laluan empat lorong serta penambahbaikkan elemen keselamatan yang lebih sistematik.

"Ini semua adalah sebagai persiapan atau prasyarat ke arah pengumuman pembukaan semula pintu masuk yang merupakan antara salah satu daripada 141 pintu masuk seluruh negara yang di wartakan.

"Jadi, kita tahu ini adalah satu prospek penting yang ikut menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat", katanya katanya selepas mengadakan lawatan ke Pos Imigresen Wang Kelian, di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RM14 juta untuk pembangunan ICQS itu sekaligus menjadikan jumlah peruntukan sebanyak RM30 juta.

Zon aliran bebas Wang Kelian ditutup pada 1 April 2015 sebagai langkah untuk mengawal pergerakan keluar masuk dan kawalan sempadan bagi mengekang penyeludupan barangan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD