
KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Skuad olahraga Terengganu dan Sabah melakar kejayaan manis selepas merangkul pingat emas dalam acara 3,000 meter (m) lari berhalangan lelaki dan wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.
- Muhammad Fahrin Aiman Yusmizan memenangi acara lelaki dengan catatan masa 9:32.88.
- Wakil Kedah Syahir Nawas Khan Zaraish Khan raih perak, Muhammad Aiman Mohd Zaidi gangsa.
- Nur Denisha Shazliatie Abdullah juara wanita 12:29.30; Ledia Engku perak; Syarafana Azli (Wilayah Persekutuan) gangsa.
Bagi acara lelaki, atlet Terengganu, Muhammad Fahrin Aiman Yusmizan mempamerkan larian bertenaga untuk mengesahkan pingat emas selepas menamatkan saingan dengan catatan masa 9 minit 32.88 saat (s).
Beliau mengecewakan dua wakil Kedah, Syahir Nawas Khan Zaraish Khan yang meraih pingat perak menerusi catatan 9:38.48s, manakala pingat gangsa menjadi milik Muhammad Aiman Mohd Zaidi dengan masa 9:40.72s.
Sementara itu, Sabah menunjukkan penguasaan kategori wanita apabila menguasai kedudukan satu dan dua podium.
Pingat emas dimenangi Nur Denisha Shazliatie Abdullah selepas menamatkan larian dalam masa 12:29.30, manakala rakan sepasukannya, Ledia Engku meraih pingat perak selepas mencatatkan masa 12:36.98s.
Pingat gangsa acara berkenaan pula dibawa pulang atlet Wilayah Persekutuan, Syarafana Azli yang merekodkan masa 12:47.50s.