Tidak dibenarkan umum projek, dasar baharu selepas penamaan calon pilihan raya – PM

Larangan melibatkan penggunaan jentera kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan PBT bagi tujuan berkempen

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Sebarang pengumuman projek atau dasar baharu selepas tarikh penamaan calon bagi mana-mana pilihan raya adalah tidak dibenarkan, selaras peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

RINGKASAN BERITA AI
  • Larangan meliputi penggunaan jentera kerajaan persekutuan, negeri dan PBT untuk tujuan berkempen.
  • Perdana Menteri menegaskan perlu mematuhi undang-undang; ketiadaan peruntukan dalam belanjawan atau kementerian boleh dianggap kesalahan.
  • Pengumuman projek baik pulih yang diluluskan sebelum ini tidak menyalahi peraturan kerana bukan projek baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan larangan itu melibatkan penggunaan jentera kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tujuan berkempen.

“Jangan ada salah tafsiran kerana perlu kita patuhi undang-undang. Cuma untuk melihat ada kesalahan dari segi undang-undang itu kalau tidak ada dalam peruntukan sama ada dalam belanjawan yang diluluskan atau yang dalam kerangka kementerian masing-masing itu memang kesalahan, ” katanya.

Perdana menteri berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

Datuk Seri Anwar turut memaklumkan, pengumuman Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung projek baik pulih yang telah diluluskan sebelum ini juga tidak menyalahi peraturan pilihan raya kerana tidak melibatkan projek baharu.

Soalan berkenaan telah dikemukakan wakil Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang ingin tahu sama ada larangan pengumuman peruntukan atau projek kerajaan selepas penamaan calon masih terpakai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.