fb fb fb fb fb

Tiada sebarang perbincangan atau libat urus dilakukan - Johari

Tan Sri Johari Abdul

KUALA LUMPUR, 15 April- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, menafikan sekeras-kerasnya kenyataan mengenai perbincangan atau libat urus yang telah dilakukan dengan Duta Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr berhubung lintasan Rafah-Gaza.

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara yang disampaikan merupakan hasrat Malaysia kepada kerajaan Mesir supaya mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara itu bagi membolehkan bantuan makanan dan perubatan sampai kepada rakyat Palestin.

"Sebagai makluman, tiada sebarang perbincangan atau libat urus yang telah dilakukan mengenai perkara itu.

"Dalam kenyataan saya pada hari ini, bertarikh 11 April 2024, kenyataan saya itu telah dilakukan untuk memberi maksud bahawa sementara sempadan Mesir masih dibuka untuk menerima bantuan, bahagian lain sempadan tersebut masih perlu dilonggarkan," katanya dalam kenyataan itu.

Johari Abdul turut berharap agar kenyataan itu dapat menjelaskan sebarang kekeliruan mengenai perkara berkenaan.

Pada masa sama beliau juga meluahkan rasa dukacita dan sedih mengenai pemergian tragis tiga anak lelaki dan empat cucu pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara di Gaza.

"Saya berdoa agar keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan mengharungi ujian yang amat berat ini," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI