Perkukuh daya tahan ekonomi, hadapi ketidaktentuan global

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada Program Dasar Peluang Kedua di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU, 23 April– Malaysia kekal mengambil pendekatan berhati-hati terhadap impak krisis bekalan global yang dijangka memberi kesan kepada landskap pasaran buruh negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh daya tahan ekonomi domestik untuk membendung risiko pemberhentian kerja dan membugar semula potensi individu melalui pemerkasaan Dasar Peluang Kedua.
  • DPK sebagai instrumen reformasi sosial dengan kenaikan ambang pelepasan muflis daripada RM50,000 kepada RM200,000.
  • Peruntukan RM10 bilion dijadikan benteng pertahanan untuk mengekalkan aktiviti ekonomi mikro semasa berdepan krisis.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata usaha kini tertumpu kepada pengukuhan daya tahan ekonomi domestik bagi membendung risiko pemberhentian kerja di samping membugar semula potensi individu melalui pemerkasaan Dasar Peluang Kedua (DPK).

Meskipun statistik pemberhentian kerja setakat April masih terkawal, namun unjuran penghujung suku kedua tahun ini menuntut kesiapsiagaan lebih tinggi sekiranya krisis bekalan global berlarutan.

“Jika situasi ini berlarutan dan mula memberi kesan kepada kegiatan ekonomi maka kebimbangannya adalah peningkatan pemberhentian kerja dan sebagainya.

“Cuma, kita jangka ia akan ada lebih kesan menjelang penghujung suku kedua ini lah. Pada masa sama, kita tawarkan DPK sebagai strategi jangka panjang,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program DPK, Jabatan Insolvensi Johor di Johor Bahru.

DPK, menjadi instrumen reformasi sosial dengan kenaikan had ambang pelepasan muflis dari RM50,000 kepada RM200,000.

Manakala, RM10 bilion diperuntukkan sebagai benteng pertahanan bagi memastikan aktiviti ekonomi peringkat mikro tidak terbantut di tengah-tengah krisis.##