Guru Mexico mogok menjelang Piala Dunia 2026

Penunjuk perasaan memecahkan cermin kenderaan rasmi ketika protes guru menjelang Piala Dunia 2026 di Mexico City/Foto REUTERS

MEXICO CITY, 2 Jun – Ribuan guru di Mexico mengadakan mogok dan protes besar-besaran selepas mendakwa kerajaan lebih memberi perhatian kepada persiapan Piala Dunia 2026 berbanding kebajikan sektor pendidikan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penunjuk perasaan bertembung dengan polis berhampiran lokasi persiapan Piala Dunia 2026.
  • Polis melepaskan gas pemedih mata selepas beberapa penunjuk perasaan cuba merempuh sekatan.
  • Sekurang-kurangnya dua guru dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.
  • Guru menuntut kenaikan gaji, penambahbaikan pencen dan syarat kerja; Kementerian Pendidikan gesa rundingan aman.

Keadaan menjadi tegang apabila penunjuk perasaan bertembung dengan polis berhampiran lokasi persiapan Piala Dunia 2026.

Polis dilaporkan melepaskan gas pemedih mata selepas beberapa penunjuk perasaan cuba merempuh sekatan keselamatan.

Sekurang-kurangnya dua guru cedera dalam insiden tersebut.

Golongan guru menuntut kenaikan gaji, penambahbaikan sistem pencen serta syarat kerja yang lebih baik.

Seorang guru mendakwa kerajaan ketika ini lebih memberi perhatian kepada persiapan bola sepak sedangkan sekolah awam masih berdepan pelbagai kekurangan.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan Mexico menggesa semua pihak mengadakan rundingan secara aman bagi menyelesaikan pertikaian berkenaan. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.